Doktor Muda; 4 Dekad Menuntut Keadilan

Saya langsung dipanggil ke Kementerian Kesihatan Malaysia, diberikan amaran bahawa saya berada di bawah pengawasan Cawangan Khas… Setiap hari ada saja rakan-rakan sekerja yang akan memastikan saya tidak diberkas.

Oleh: Dr. AMIR FARID ISAHAK

Sehingga tahun 1983, doktor siswazah masih tidak diiktiraf sebagai penjawat awam. Gaji dan manfaat penjawatan yang diberikan kepada doktor muda ketika itu adalah amat leceh sekali.

Perkara ini turut melibatkan pegawai perubatan dan juga pakar perubatan; kenaikan pangkat, kadar gaji, dan prospek kerjaya mereka jika hendak dibandingkan dengan penjawat awam yang lain adalah amat mendukacitakan.

Para doktor ketika itu telah berulang kali membangkitkan perkara tesebut. Tetapi mereka samada tidak diendahkan, atau langsung dipersilakan keluar ke sektor swasta yang “lebih nyaman.” Maka pada tahun itu, SCHOMOS di bawah MMA telah menghantar satu memorandum kepada kerajaan. Tetapi, seperti biasa, ia bagai menyiram air ke daun keladi, sia-sia semata. Lalu SCHOMOS memutuskan bahawa kita sudah cukup bersabar. Protes akan digerakkan melalui kaedah “work-to-rule” (bertugas-ikut-masa) sehinggalah kerajaan memberikan respon positif.

Mengikut kaedah ini, kami bertugas betul-betul mengikut jangka masa rasmi; waktu rehat tidak akan dilepaskan, dan tidak walau seminit kami bertugas melepasi had masa tugasan. Cara ini berjalan dengan lancar di jabatan pesakit luar, klinik pakar.

Klinik pakar kami mempunyai 12 bilik konsultasi dengan purata 90 orang pesakit setiap hari di setiap bilik. Kebiasaannya kami akan memanggil tiga orang pesakit untuk konsultasi serentak dalam sebuah bilik. Mengikut kaedah “work-to-rule” ini, kami hanya memanggil seorang pesakit sahaja pada satu-satu masa. Dan pada jam 10 pagi, kami akan mengambil masa untuk berehat. Beratus-ratus pesakit terus berkerumun menunggu dipanggil.

Saya merupakan pengerusi SCHOMOS saat itu. Saya langsung dipanggil ke Kementerian Kesihatan Malaysia dan diberikan amaran bahawa saya berada di bawah pengawasan Cawangan Khas (“Special Branch”) kerana melancarkan “semi-strike” dalam sektor perkhidmatan asasi. Setiap hari ada saja rakan-rakan sekerja yang akan memastikan saya tidak diberkas. Waktu itu, tiada telefon pintar apatah lagi Whatsapp.

… tidak walau seminit kami bertugas melepasi had masa tugasan. Cara ini berjalan dengan lancar di jabatan pesakit luar, klinik pakar.

Kaedah work-to-rule

Saat itu, kami terus teguh dengan pendirian kami tanpa sedikitpun berganjak; sehinggalah pihak kerajaan memanggil kami untuk satu mesyuarat. Saya bersama empat orang wakil SCHOMOS hadir ke mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Musa Hitam (kini bergelar Tun).

Kerajaan akhirnya bersetuju untuk mengiktiraf khidmat doktor siswazah semasa tempoh “Housemanship” sebagai sebahagian daripada perkhidmatan awam. Kesannya, manfaat penjawat awam yang sebelum ini tidak diiktiraf, kenaikan jawatan, pembayaran gaji kepada semua doktor, termasuklah Health DG(!) — semua menerima kenaikan. Hasil usaha kami.

Tetapi amat malang sekali, hakikat bahawa kami terpaksa bertarung hanya untuk diberikan sedikit pengiktirafan setelah segala macam pengorbanan diberikan (bermula daripada kursus perubatan yang sangat sukar, disambung tempoh housemanship yang amat-amat getir) ditambah pula dengan penghinaan oleh pegawai JPA sebelum saya berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri — kesemua ini membuatkan saya nekad berpindah ke sektor swasta dengan kadar segera.

Saya benar-benar dapat memahami perasaan wira dan wirawati kita berdepan wabak COVID19 sekarang ini.

Kerajaan akhirnya bersetuju untuk mengiktiraf khidmat doktor siswazah sebagai sebahagian daripada perkhidmatan awam. Manfaat penjawat awam, kenaikan jawatan, pembayaran gaji kepada semua doktor… termasuklah Health DG(!) — semua menerima kenaikan.

Dr. AMIR FARID ISAHAK

Nota kaki: Artikel ini adalah respon penulis terhadap satu perkongsian oleh seorang doktor kontrak ketika mereka dihantar beramai-ramai mendepani gelombang kedua COVID19 di Sabah. Komentar dimuatnaik pada 18 September 2020 dalam bahasa Inggeris sebelum diterbitkan semula dengan izin penulis.

Seramai 500 orang doktor kontrak generasi pertama dijangka tamat kontrak pada 5 Disember 2021. Malaysia dianggarkan kehilangan seramai 4000 orang doktor muda sehingga Mei 2022.


Dr. Amir Farid Isahak adalah mantan Pengerusi SCHOMOS, pada tahun 1983, bernaung di bawah Malaysian Medical Association (MMA). Beliau merupakan pakar perunding Obstetrik dan Sakit Puan, kini beralih kepada praktis Perubatan Holistik Integratif. Mendapat sarjana muda perubatan daripada University of Queensland dan mendapat pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau sering diundang sebagai pembentang di sidang-sidang saintifik dan perubatan. Juga aktif menulis sebagai kolumnis di ruangan-ruangan akhbar.


Maka pada tahun itu, SCHOMOS telah menghantar satu memorandum kepada kerajaan. Seperti biasa, ia bagai menyiram air ke daun keladi. Lalu SCHOMOS memutuskan bahawa kita sudah cukup bersabar.
#TetapBukanKontrak

2 thoughts on “Doktor Muda; 4 Dekad Menuntut Keadilan

  1. Brings back memories. Work to rule and Day of Rest. The mighty Mahathir was at his worst then, intolerant of the slightest non-conformity by anyone. For the record, the other three who met Datuk Musa Hitam, were Dr.Lim Hun Soon, the late Dr. Haliza Shafie and I.
    Looking back, we were simply seeking fair rate of pay for work. The administrators in KKM then, were nasty, to say the least. Datuk Musa was very professional and realistic at the meeting. He would have made an excellent PM.

    Like

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan